Friday, November 20, 2009

Pesanan dari author

Pembina blog ini memohon maaf sbb tak update ilmu c++ ini. moga ilmu yang ada dalam blog ini boleh dimanfaatkan oleh semua.

blog baru dibina oleh pembina blog ini berkaitan programming adalah :

--> Tutorial Visual Basic yang asas

selamat belajar.

from,
ifaz_0212@yahoo.com

Tuesday, February 12, 2008

1.2 MENAIP ATURCARA RINGKAS, KOMPAIL (COMPILE), MEMBINA (BUILD) DAN MENJALANKAN (EXECUTE) ATURCARA TERSEBUT.

1. Dengan menggunakan fail baru yang dibuka (Hello.cpp), taipkan penyataan-penyataan aturcara C++ di bawah.

// This is a program
that display sentence in C++

#include

main( )

{

cout << “Hello”;

return 0;

}

2. Setelah anda menaip aturcara ini, paparan seperti di bawah akan diperolehi. Pastikan nama fail (contoh: hello.cpp) masih terpapar pada Title bar bagi mengelakkan sebarang kesilapan.

3. Seterusnya, terdapat 3 langkah yang perlu dilakukan untuk mendapatkan keluaran yang dikehendaki. Anda perlu mengompail (compile), membina (build) dan menjalankan (execute) penyataan yang telah ditaip. Ikut menu arahan di bawah untuk kompail (compile).

Build / Compile hello.cpp

4. Dengan mengklik Compile hello.cpp, satu paparan dialog box keluar seperti di bawah. Klik Yes.

5. Klik Yes pada dialog box yang memberitahu “Save changes to C:\hello.cpp?”.

6. Output pane pada bahagian bawah perisian ini akan memaparkan sebarang error atau warning yang terdapat pada aturcara yang dikompail. Bagi aturcara yang tidak mempunyai sebarang error dan warning, ia boleh dikompail dan akan memaparkan 0 error(s) , 0 warning(s).

7. Setelah kompail, penyataan aturcara itu mestilah dibina (build). Klik menu yang ditunjukkan di bawah untuk membina (build) penyataan aturcara ini.

Build / Build hello.exe


8. Output pane pula akan memaparkan sekiranya ada error atau warning pada aturcara itu. Sekiranya aturcara itu berjaya dibina, output pane akan memaparkan penyataan ini:-

hello.exe – 0 error(s), 0 warning(s)

9. Apabila proses kompail (compile) dan bina (build) selesai, langkah terakhir sebelum paparan output dipaparkan adalah proses menjalankan (execute) aturcara itu. Klik menu yang ditunjukkan di bawah untuk menjalankan (execute) penyataan aturcara ini.

Build / Execute hello.exe

10. Paparan keluaran yang memaparkan hello akan diperolehi seperti di bawah.


1.1 MEMBUKA FAIL BARU, MENAMAKAN DAN MENYIMPANNYA.

1. Sebelum menulis aturcara, anda perlu membuka fail baru, menamakannya dan menyimpannya terlebih dahulu di dalam direktori yang dipilih. Ikut menu yang di tunjukkan dibawah bagi memenuhi kehendak ini.

File / New..

2. Satu dialog window akan terpapar setelah anda klik menu yang diarahkan di atas.

2. Seterusnya, anda dikehendaki membuka Tab Files dan klik ”C++ Source File”.

3. Taipkan nama fail yang dikehendaki (contoh : Hello.cpp) pada File name dan pilih direktori yang dikehendaki (contoh: C:\ ) pada Location.

4. Klik OK. Anda akan mendapat paparan seperti di bawah. Pastikan nama fail yang di masukkan dan disimpan tadi terpapar pada bahagian atas (Title Bar). Contoh: C:\Hello.cpp


5. Anda berjaya untuk membuka fail baru. Cuba langkah-langkah tersebut dengan menggunakan nama fail dan direktori yang lain untuk meningkatkan kecekapan anda membuka fail baru.


MEMBINA ATURCARA MENGGUNAKAN MICROSOFT VISUAL C++ 6.0

1.0 MEMBUKA PROGRAM MS VISUAL C++

Berikut adalah cara untuk membina aturcara baru untuk Microsoft Visual C++ 6.0, menyimpannya (save) dan melaksanakan (execute) aturcara itu. Fail yang mempunyai kod sumber (source code) mengandungi penyataan aturcara C++ dan biasanya mempunyai jenis fail ”.cpp”. Contohnya hello.cpp.

1. Ikut turutan arahan/menu berikut bagi memasuki perisian Ms Visual C++ 6.0.

Start / All Program / Microsoft Visual Studio 6.0 / Microsoft Visual C++ 6.0

2. Selepas melaksanakan arahan di atas, anda akan mendapat paparan skrin seperti berikut:

Thursday, January 31, 2008